cara memancing ikan sembilang atau gemang
ssalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca dan pemancing.. Di pendekkan cerita dan di padatkan cerita saya akan cuba kongsikan cara atau teknik ketika memancing sembilang di kawasan muara, sungai, atau bahagian teluk insyaallah.. Bagi pemancing di kawasan sungai/muara air masin..ada beberapa faktor yang sangat penting untuk kita lihat untuk mendapatkan strike ikan sembilang.. Antara faktor seperti air pasang surut, faktor cuaca, jenis umpan dan kedudukan balingan umpan. Air pasang surut : Faktor air pasang surut sangat mempengaruhi untuk mendapatkan ikan sembilang. Air pasang surut yang saya suka ialah ketika air pasang surut perlahan atau air hampir2 kepada pasang air mati dan air selepas air mati.. Kebiasaannya waktu ini 2 hari sebelum air pasang mati dan 2 hari selepas air pasang mati..waktu ini ikan sembilang di pantai akan masuk kedalam sungai atau muara untuk mencari makanan.. Ketika air ini..air akan berwarna sedikit kehijauan atau kelihatan se...