cara memancing ikan sembilang atau gemang
Di pendekkan cerita dan di padatkan cerita saya akan cuba kongsikan cara atau teknik ketika memancing sembilang di kawasan muara, sungai, atau bahagian teluk insyaallah..
Bagi pemancing di kawasan sungai/muara air masin..ada beberapa faktor yang sangat penting untuk kita lihat untuk mendapatkan strike ikan sembilang..
Antara faktor seperti air pasang surut, faktor cuaca, jenis umpan dan kedudukan balingan umpan.
Air pasang surut :
Faktor air pasang surut sangat mempengaruhi untuk mendapatkan ikan sembilang.
Air pasang surut yang saya suka ialah ketika air pasang surut perlahan atau air hampir2 kepada pasang air mati dan air selepas air mati..
Kebiasaannya waktu ini 2 hari sebelum air pasang mati dan 2 hari selepas air pasang mati..waktu ini ikan sembilang di pantai akan masuk kedalam sungai atau muara untuk mencari makanan..
Ketika air ini..air akan berwarna sedikit kehijauan atau kelihatan sedikit jernih..
Waktu ketika ini ikan pengacau seperti bluekang hampir2 tiada atau pun hanya sedikit..
Ini kerana ikan bluekang sangat cepat dan agresif memakan umpan sebelum sembilang sempat menjumpai umpan.
Ketika air pasang mati atau air bani .ketika ini ikan sembilang akan berkurangan tetapi ikan sembilang bersaiz besar dan gemang mudah didapati ketika air ini kerana tiada ikan lain mengacau atau memakan umpan .
Jenis umpan :
Umpan yang biasa di gunakan adalah udang.. udang boleh di kopek atau tidak kopek..
Sekiranya ikan kecil banyak kacau umpan udang boleh dikopek separuh sahaja seperti bahagian ekor sahaja..
Ada juga yang memakai Umpun2, ruat, umang2, tiram, lintah bakau dan sebagainya tapi saya lebih memilih udang seperti udang kelabu di gambar bawah.
Balingan umpan
Tempat balingan umpan pilih seperti berhampiran kawasan batu atau pokok bakau atau struktur kayu..
Kebiasaan sembilang akan berada di kawasan seperti ini..
Sekian sahaja pekongsian dari saya cara memancing sembilang..apapun utamakan keselamatan seperti kecerderaan, binatang liar dan binatang berbisa termasuk sengat atau duri dari ikan sembilang itu sendiri yang sangat berbisa..
Nanti saya akan kongsikan cara memancing sembilang di kawasan pantai..
Sekian terima
kasih..
https://youtube.com/shorts/mGcVDnfwCjE?feature=share